Kata orang tua-tua,"USAHA TANGGA KEJAYAAN"...Jadi,jom kita kongsikan ciri-ciri untuk menjadi pelajar cemerlang.
1. Matlamat perlulah lebih jelas.
2. Berbincang dengan rakan mengenai pelajaran.
3. Tubuhkan kumpulan untuk belajar.(studygroup)
4. Beri dan kongsikan pandangan yang membina.
5. Menggunkan kaedah "output learning".(nota ringkas)
Semoga ciri-ciri yang diberikan dapat memberikan satu tindakan yang positif kepada bakal-bakal pelajar yang akan menduduki peperiksaan.
Salam mesra....
Tuesday, October 25, 2011
CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG!!
Posted by ~aNa_nUrUlaIn~ at 7:36 PM 0 comments
Saturday, March 5, 2011
::4 Jenis Tudung::
“Tudung wanita itu ada empat… tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.” Apa ertinya? “Tudung pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata… jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara… jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…”
Posted by ~aNa_nUrUlaIn~ at 3:21 AM 0 comments
Saturday, November 20, 2010
4 GOLONGAN LELAKI YANG AKAN KE NERAKA
Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Kedua:- 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-
" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.
ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.
Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.
AMIN YARABBALALAMIN
Posted by ~aNa_nUrUlaIn~ at 1:09 AM 0 comments
Tuesday, August 31, 2010
salam merdeka "10"
APA ERTI KEMERDEKAAN DALAM DIRI ANDA???
ADAKAH APA YANG ANDA HAJATI TELAH TERCAPAI???
APAKAH PENGORBANAN YANG PERNAH ANDA LAKUKAN???
SIAPAKAH PENDORONG UTAMA ANDA???
BAGAIMANAKAH ANDA MENCAPAI MATLAMAT HIDUP ANDA???
Posted by ~aNa_nUrUlaIn~ at 6:49 AM 0 comments
Monday, December 21, 2009
Dan sesungguhnya kepada TUHAN mulah kesudahannya segala sesuatu..
Dan sesungguhnya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis..
Dan sesungguhnya DIA lah yang menghidupkan dan mematikan..
Dan sesungguhnya DIA lah yang menciptakan pasangan laki-laki dan perempuan..
(AN-NAJM: 42-45)
Posted by ~aNa_nUrUlaIn~ at 9:45 AM 0 comments
Thursday, December 17, 2009
Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:
1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.
2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.
3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.
4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.
5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.
6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.
9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.
Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.
Posted by ~aNa_nUrUlaIn~ at 2:58 AM 0 comments
Thursday, December 10, 2009
JASA ANDA DI DUNIA, ANUGERAH ANDA DIAKHIRAT
1. Meninggalkan sembahyang
- Ular Saqar sedang menunggu
2. Melewat-
- Neraka WAIL sedang menganga
3. Meringan-
- Mendapat pandangan murka Al-Jabbar
4. Mengumpat peribadi orang
- Gunting neraka sedang diasah
5. Menyebarkan gossip atau fitnah
- Duri- duri menanti anda di taman neraka
6. Tidak menjaga pergaulan
- Libasan api neraka dijanjikan
7. Tidak berakhlak dengan manusia
- Kemurkaan Allah bersama mu..
8. Menyakiti hati orang dengan lisan
- Masuklah mana-mana pintu neraka
9.Meringankan amanah
- Angkatlah seberkas kayu dari neraka
10.Bersangka buruk
- Amalan baik diambil orang
Posted by ~aNa_nUrUlaIn~ at 6:33 PM 0 comments